Pages

Tuesday, February 2, 2010

Pembukaan Kota Mekah



Menjadi ingatan kepada kita agar sentiasa meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai tunjang utama perjuangan kita dan Allah sebagai pelindung kepada setiap perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Insyaallah kita akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat seperti dalam Surah Al-Bayyinah : 7 yang bermaksud :

"Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk".

Jihad dalam erti kata lain dalam berjuang, adalah satu asas yang kukuh untuk memastikan agama Islam iaitu agama yang diredhai oleh Allah terus menjadi pegangan kepada setiap insan didunia ini dan untuk memastikan manusia akan tidak menjadikan kehidupan didunia ini semata-mata sahaja. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang sabar. Jihad juga menuntut kesabaran daripada setiap manusia. Jika di jadikan contoh, sebenarnya nafsu kita amat sukar untuk melawannya, tetapi Allah telah menjadikan suatu senjata yang tidak kita perasannya iaitu Iman atau Takwa. Kesabaran tidak akan kekal dan terpahat didalam hati jika tidak bersamanya Iman atau Takwa.

Ingatlah...!!! Laluan manusia tetap sama..
ISLAM "Way Of Life"

*jika terdapat kesalahan, harap membetulkannya dengan mengomennya. Insyaallah, pahala menanti mu diakhirat kelak.

No comments:

Post a Comment