ehsan by Ibnu Hasyim
ANKARA 23 Feb 2010. POLIS Turki menangkap sekitar 50 komander tentera termasuk yang sudah pencen atau masih aktif semalam kerana dicurigai terlibat dalam suatu rancangan rampas kuasa di Turki.
Penangkapan itu dikaitkan dengan penyelidikan terhadap rancangan rampaskuasa tahun 2003, terhadap pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyeb Erdogan dari Partai Keadilan dan Pembangunan, iaitu partai Islam yang sekarang berkuasa di Turki.
Surat khabar Turki, Taraf menyebutkan, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka dapatkan, rampas kuasa itu diberi kod "Palu Godam". Targetnya untuk menumbangkan pemerintahan dengan cara melakukan peledakan bom di masjid-masjid di muzium di kota Istanbul, termasuk memprovokasi pesawat-pesawat tempur Yunani agar menembak jatuh pesawat Turki di Laut Aegean.
Cara-cara itu dilakukan untuk menimbulkan kekacauan di dalam negeri dan menghancurkan kepercayaan rakyat Turki kepada pemerintahan yang berkuasa kini. Provokasi Yunani dikatakan terlibat kerana Turki dan Yunani bertikai mengenai kepulauan di kawasan Aegean. Pertikaian itu hampir membuat kedua negara tersebut berperang pada tahun 1996.
Perdana Menteri Recep Tayyeb Erdogan sedang dalam kunjungannya ke Sepanyol membenarkan penangkapan terhadap komender tentera tersebut. Ia mengatakan bahawa polis Turki akan memulai proses penahanan. "Saya tidak tahu apa hasilnya, tetapi setelah pegawai keselamatan menyelesaikan proses penangkapan, kejaksaan akan melakukan penilaian (yakni dibawa ke mahkamah, bukan diISAkan tanpa dibicarakan)." kata Erdogan.
Diantara yang ditangkap adalah mantan panglima angkatan udara Turki, Ibrahim Firtina, mantan panglima angkatan laut, Ozden Ornek dan mantan komandan Tentera Pertama, Ergin Saygun. CNN Turki menyebutkan, Panglima Angkatan Bersenjata Turki, Ilker Basburg menunda perjalanan tiga harinya ke Mesir menyusul penangkapan tersebut.
Penangkapan mereka dikaitkan dengan rancangan rampas kuasa oleh penganalisis politik Wolfango Piccoli yang akan memicu konfrontasi baru antara pemerintah dan pihak tentera, boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Turki. Selama puluhan tahun, tentera menjadi kekuatan politik yang dominan di Turki dan menjadi 'anjing pengawal' sistem sekular negara Turki.
Setidaknya, tentera Turki pernah menumbangkan empat pemerintahan di Turki dengan dalih untuk melindungi sistem sekularisme di Turki. Pemerintahan Erdogan yang Islam kerap terlibat benturan dengan kaum sekular Turki. Sebelum penangkapan, pemerintahan Erdogan dan kaum sekular di mahkamah Turki saling berdebat soal penangkapan terhadap seorang jaksa yang melakukan penyelidikan terhadap kelompok-kelompok Islam.
Sejak kes ini timbul dua setengah tahun lalu, lebih dari 200 orang ditangkap. Mereka terdiri dari kalangan tentera, ahli politik dan peguam. Perdana Menteri Erdogan hari Isnin kelmarin menyatakan akan melakukan reformasi hukum dan perlembagaan, dan jika perlu akan melakukan referendum, kerana menurut Erdogan, sistem hukum yang berlaku sekarang sudah tidak objektif.
"Sistem hukum perlu objektif dan pada masa yang sama juga perlu bebas. Kami ingin melakukan reformasi perlembagaan dan kami akan mencadangkan reformasi ini di parlimen tanpa sokongan puak pembangkang." Jelas Erdogan.
"Kami akan melakukan pemungutan suara masyarakat jika tidak dapat sokongan. Bukan hanya masyarakat, bahkan pemimpin-pemimpinnya juga inginkan reformasi itu." Tegas Erdogan. (AP/Era Muslim dan pelbagai sumber
No comments:
Post a Comment