Dalam pengamatannya juga, ramai di kalangan umat Islam ketika itu berpandangan tujuh Qiraat tersebut sahajalah yang mutawatirah dan sah membacanya dalam sembahyang. Selain Tujuh Qiraat adalah tidak mutawatirah.
Kajian Ibnu al-Jazari terhadap Qiraat
berdasar kepada tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati mushaf
Uthmani dan menepati bahasa Arab yang fasih. Rumusannya Tiga Qiraat
iaitu Imam Abu Ja'far, Imam Ya'qub dan Imam Khalaf adalah sahih dan mutawatirah.
Imam Abu Ja'far adalah di kalangan
Tabien. Beliau menerima pendidikan al-Quran daripada guru-guru di
kalangan para sahabat ra. Guru-gurunya ialah; Abdullah Ibnu 'Ayyash
Ibnu Abi Rabi'ah, Abdullah Ibnu Abbas, Abu Hurairah. Ada juga yang
mengatakan beliau sempat membaca al-Quran kepada Zaid Ibnu Thabit ra.
namun Imam al-Zahabi menafikan.
Di waktu kecilnya, Imam Abu Ja'far
dibawa kepada Ummu Salamah iaitu Ummu al-Mukminin dan beliau menggosok
kepalanya dengan mendoakan keberkatan. Abu Ja'far juga pernah bersolat
di belakang Ibn Umar ra.
Ilmu al-Quran yang dikuasainya
menjadikan beliau tumpuan umat Islam ketika itu untuk menimba ilmunya
antara yang menjadi muridnya ialah Imam Nafei', Sulaiman Ibnu Muslim
Ibn Jammaz, Isa Ibnu Wardan, Abu Amru, Abdul Rahman Ibnu Zaid Ibnu
Aslam dan tiga anaknya iaitu Ismail, Ya'qub dan Maimunah.
Imam Malik menyatakan bahawa Abu Ja'far
adalah lelaki yang soleh dan mengajar al-Quran kepada penduduk Madinah.
Abu al-Zinad berkata, tidak ada seorang pun yang lebih alim tentang
sunnah daripada Abu Ja'far.
Diriwayat daripada Ibnu Jammaz antara amalan Abu Ja'far ialah puasa bersilang hari sebagaimana puasa Nabi Daud as.
Imam Abu Ja'far meninggal dunia di Madinah pada tahun 130 hijrah.
Perawi pertama Imam Abu Ja'far ialah Isa
Ibnu Wardan. Beliau mendalami ilmu al-Quran dengan beberapa guru
antaranya ialah; Abu Ja'far, Syaibah dan juga Imam Nafei'. Beliau
meninggal dunia pada tahun 160 hijrah.
Perawi kedua Imam Abu Ja'far ialah
Sulaiman Ibnu Muslim Ibnu Jammaz. Beliau merupakan seorang Muqri, amat
kuat ingatan dan terpuji. Antara gurunya ialah Abu Ja'far, Nafei',
Ismail Ibnu Ja'far dan Qutaibah Ibnu Mihran.
Beliau mendalami Qiraat Abu Ja'far dan
Qiraat Nafei. Menurut Ibnu al-Jazari, Ibnu Jammaz meninggal dunia
sekitar tahun 170 hijrah.
sumber dari utusan online
No comments:
Post a Comment