Pages

Saturday, June 12, 2010

Tiket Piala Dunia Semakin Habis Terjual



JOHANNESBURG: Tiket Piala Dunia kini sudah hampir 97 peratus dijual dan penganjur menjangkakan dapat menjual lebih daripada itu membabitkan tiga juta tiket diperuntukkan, pada penghujung kejohanan itu. Fifa mengeluarkan angka itu dua hari sebelum bermulanya Piala Dunia yang turut menunjukkan 135,000 daripada 3.01 juta tiket dijual masih belum dibeli.


Daripada jumlah itu, 30,600 tiket, termasuk 5,000 membabitkan kawasan tempat duduk yang sebahagian pemandangannya terhalang, boleh didapati menerusi jualan umum kelmarin. Selebihnya, yang diperuntukkan untuk pakej kemudahan, syarikat pelancongan, persekutuan bola sepak dan pasukan, boleh diperoleh kemudian ketika berlangsungnya, Piala Dunia nanti.

Sumber: myMetro
Nota:

Piala Dunia di Afrika Selatan,
Jauhnya tempat tiada tandingan,
Biarpun wang dihabiskan,
Itulah lumrah manusia katakan.



No comments:

Post a Comment