Pages

Wednesday, June 16, 2010

Mavi Marmara :Kenali 9 orang syahid

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari 
Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada 
saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang
kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan 
kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah 
penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan
bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of 
Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, 
Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin 
dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih 
taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang 
cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang 
anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin 
dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak 
berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan 
pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang 
professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 
dua adik beradik.

No comments:

Post a Comment