Pages

Saturday, June 12, 2010

Fakta Penting Berkaitan Nuklear



128,000 butir… dianggarkan kepala peledak peluru nuklear di bina di seluruh dunia sejak 1945.

AS$3.5 trillion… dibelanjakan AS antara 1940-1945 dalam pembabitan peperangan nuklear.

AS$2.2 billion… harga sebutir bom B-2 (21 butir mendapat kebenaran pembikinannya oleh pihak kerajaan).

AS$2.5 billion… harga bagi ketahanan sebutir bom B-2.

Peperangan nuclear boleh mengakibatkan perubahan cuaca global dalam tempoh 8 hingga 10 tahun lamanya.

Cuaca boleh menurun lebih dari 10`C akibat peperangan nuklaer.

Sepanjang tempoh 60 tahun taraf yang ditetapkan bagi sesuatu pendedahan kepada radiasi telah menurun dari 30 rems setahun pada 1934 kepada 5 rems setahun pada 1987 setelah kaji selidik dijalankan keatas kesihatan lebih difahami.

2 kemalangan terpenting yang terjadi dalam 50 tahun sejarah kuasa nuklear adalah :
  • Three Mile Island – 1979

Reaktor loji mengalami kerosakan teruk. Tiada kebocoran nuklear berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan atau mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

  •  Ukraine (Chernobyl) – 1986

Reaktor di loji ini musnah akibat berlakunya letupan wap di mana 56 orang terkorban, 28 orang dari jumlah itu terkorban akibat terdedah kepada pencemaran radiasi.

Dianggarkan 2,051 senjata nuklear diletupkan dalam usaha mencapai keselamatan dunia sejagat dari tahun 1945 hingga 1995 dengan purata 1 senjata bagi setiap 9 hari dalam tempoh 50 tahun.

Senjata nuklear dunia kini bertambah :

Lebih kurang 70,000 peledak yang mempunyai kuasa letupan 20 kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang membunuh lebih 14,000 orang di Hiroshima dan Nagasaki.

Mutakhir ini AS masih mempunyai 10,000 senjata nuklear. Dianggarkan jumlah ini akan terus mengecil menjelang tahun 2012.

Dipetik dari sebuah majalah.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment