Pages

Tuesday, September 7, 2010

..:: Raya datang lagi lah ::..

Masa pantas berlalu ? Korang perasan x ? hah ?
" Cepatnyo maso, nk buko poso doh esk male ngelas doh, aduissh cepat, cepat, emm, emm, emm " kata kawanku. Betapa pantasnya masa berlalu walau kita tidak sedari. Hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun berlalu, dah berakhirnya Ramadhan, bulan rahmat pada 10 awal, keampunan 10 pertengahan dan penghindaran dari azab api neraka pada 10 terakhir.

Dah raya kita rupanye, he3, ape daa.

So, dah cukup 30 hari kita puasa, hari raya ini adalah kemenangan bagi kita umat islam yang berpuasa sahaja, ok. Instead not for the " al-khaasiruun " the loss. However, every muslim yuharrimu saum or haram b'puasa pada hari raya ini. Jadi korang xpayah nk buat2 rajinlah, kononnya sedih tinggal Ramadhan sampai hari raya pon korang nk puasa, masyaAllah.


Bagi pantun sikit :
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Ha3, diri ini cuma mahu mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin ", harap diampun jika terkasar bahasa, termakan yang haram, terpukul xsengaja, terumpat belakang2, termakan hati dan termarah menyakiti. Anyway, sambutlah raya ini dengan hati dan tangan yang terbuka, n the last thing harap2 sharing2 lah jugak duit raya ye...!!!

Lastly korang enjoylah dengan lagu nie ye !!
Sami yusuf....Eid song

No comments:

Post a Comment