Pages

Saturday, December 25, 2010

Sepuluh amalan yang terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Nasihat al-Qamah - 5 cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
 
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Sunday, December 19, 2010

ZZzzzzsssTTT !!!


Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

JAUH

(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga dirimu bahagia

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta

(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

Bersama kasih kita dan Cinta

(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya


Song by Akmal Mirwana & Hafiz Mirwana
Lyric by Akmal Mirwana
Produced by Mirwana
Recorded at Mirwana Studio
Mixed by Greg Henderson
Electric Guitar played by Rody Kristal
Music Arranged by Eddie

Wednesday, December 8, 2010

tiP-tOp - bUnYi jaM b'DeTik

setiap masa yang berdetik, setiap itu juga hati ku berdebar. semakin lajunya masa itu berdetik semakin pantas hati ku berdebar. entah kenapa ?
hati ku jam ???
owhhhh ..............
xmungkin.............

hati dan jam xmatch kata pak cik google......
tapi setiap kali hati ku berdetik itu lah menandakan aku hampir jatuh, jatuh dan amat sukar bagi ku berseorangan bangun  dari jatuhan itu. amat pelik bagi ku, ini lah waktu dan saat di pertengahan cuti, yang mana budak2 lain bergembira membuat aktiviti masing2, kegembiraan itu tidak menusuk kedalam nadiku. ketenangan itu lah yang aku maksudkan sebenarnya.

KaMi & KaMu




Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. 
Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda

Ingatlah Peringatan Bumi ini:
Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah ! engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

Monday, December 6, 2010

Berhijrah menuju Allah dan Rasul


Sebagaimana yang telah maklum kalendar Islam telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a. Beliau dan para sahabat telah memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam ini pada tahun di mana Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berpindah dari Mekah yang dikuasai oleh golongan musyrikin ke Madinah kerana begitu pentingnya peristiwa tersebut terhadap kejayaan dakwah Islam. Namun Maal Hijrah yang muncul setiap tahun hanya dilihat sebagai sambutan kedatangan tahun baru bagi umat Islam. Kebanyakkan umat Islam gagal menghayati semangat hijrah sebenar yang pada hakikatnya dapat memberi kesan yang begitu besar terhadap umat Islam.

Hijrah dari segi bahasa bermaksud meninggalkan atau berpindah. Dari segi istilah hijrah memiliki dua makna.

Thursday, December 2, 2010

Aku Seorang Manusia (luahan hatiku)

" Setiap yang hidup pasti akan mati ",   itu yang terngiang2 di dalam benak otak ku, aku xmengerti kenapa, tapi aku sangat2 memahami maksud yang tersingkap disebalik kata2 itu. Bila dikatakan semua yang hidup pasti akan mati, all of them (manusia) xkira sesiapa pasti akan merenung panjang memikirkannya, semua takut untuk menemui mati. Aku pun xtau kenapa aku menulis ini, kerana setiap yang aku tulis pasti aku akan padamnya, aku xmengerti apa kena dengan hidup aku sekarang. Banyak masalah (aku xpasti sebenarnya masalah apa) yang pastinya, kehidupan aku sekarang kucar kacir, penuh dengan kehidupan yang membosankan, tiada ketenangan bagi ku setiap saat ku bernafas dengan nafas yang Allah kurniakan, Ya Allah kenapa ini.....

Maybe kot, aku sedang dalam proses kematangan diri ku, sedang belajar menghadapi kesulitan diri, sedang mencabar perwatakan budak2 ku untuk menuju kealam yang lebih dewasa, aku sedar itu. Tapi, aku merasa sekarang, banyak kesilapan yang aku lakukan, xtau lah kenapa, tapi mungkin ada hikmah disisinya ia berlaku keatas aku. Sebelum ini, aku maybe xsampai peringkat macam ni, kawan aku yang punya problem kehidupan mereka lebih teruk daripada aku selalu meluahkan masalah mereka terhadapku, mereka lega akan itu, tapi aku ? aku bagaimana ? siapa yang hendak aku mengadu ? masa untuk meluahkan segala yang menerhadkan kehidupan aku peenuh di kepala ku ibarat " Memory Full " yang selalu kita jumpa kat alat2 elektronik juz likes handphone n camera. Memory Full..... Penuh sangat.....ditambah dengan sekarang musim tengkujuh, pantai tempat yang sesuai melepaskan segala "press" kita, sekarang dah xboleh....hanya kau ****BLOG**** tempat ku meluahkan.....tapi aku tidak akan lupakan Allah...

Maybe keadaan yang aku lalui sekarang ni kerana ujian Allah, ditambah dengan kebosanan ku berada dirumah. Esok, insyaAllah Wahai Ley Bobok, Fahim Alimi n sahabat2 ku yang sebatch dengan ku, jom, esok kita bercamping kat MTS TM.....joooommmm !!! Kalau lah jadi esok insyaAllah sebahagian pressing aku yang menghalang aku daripada dekat dengan Allah akan ku kuburkan bersama sifat Bad n Very Bad...hahahahahahah.....

So, setakat ini jelah luahan hati seorang yang LoNeLy.....
Assalamua'laikum.....

Wednesday, November 24, 2010

Nasyid-nasyid dulu



Tajuk Lagu: Inikah Petanda
Album : Mahabbah
Munsyid : Rabbani (feat. Mawi)
http://liriknasyid.com/

Ya Illahi...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Menahan dari setiap impian
halalkan segala jalan

Inikah petanda senangnya kesombongan
akhir peradaban manusia
Saling mengejar saling menindas
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan
Inikah petanda dariMu Tuhan

Ya Allah...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Serakah manusia cipta petangga
menguji nafsu mereka

Sedih benih-benih bumi mulai menitis
menyaksikan gelagat manusia
Kiri dan kanan tiada bezanya
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan
Jernihkanlah hati tetapkan jiwa
agar diri ini selalu dekat denganNya
Nikmati anugerah Yang Maha Kuasa
usah persia

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan...

Kematian Yang Pasti

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.

Dan darahku membasahi jalan..

....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Saturday, November 6, 2010

Jom Berhibur

Healing Lyrics

VERSE 1:

It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق
Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2): 

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

Wednesday, November 3, 2010

Pengajaran Dari Luqman Al-Hakim


Segala puji buat Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pencipta dan pentadbir semesta. Tiada sesuatu berlaku tanpa izinnya, segala sesuatu berlaku dengan izinnya jua, Dia tuhan Maha Kuasa, kita hamba maha hina!. Selawat dan salam buat baginda, insan agung pekerti mulia, Muhammad Rasulullah SAW.

Saya menjadi senang menulis apabila termotivasi dengan sesuatu, dan kali ini begitu juga, semoga menjadi teguran dan ingatan buat diri sendiri, jua buat sahabat Qurra' diluar sana. Luqman al Hakim banyak nasihatnya, sampaikan namanya menjadi salah satu nama surah dalam kitab suci al Furqan. Namun seringkali nasihat2 dari kalamullah itu dipandang sepi, hanya menjadi bicara, kuliah dan tulisan semata, praktikalnya ramai yang gagal mengikuti, setuju?

Saya berharap, tulisan ini tidak menjadi begitu, jadi saya amanahkan kepada Qurra' sekaliannya untuk mengamalkan sesudah dibaca nanti, saya bukan memaksa, tetapi Allah yang menuntut segala yang benar itu untuk diamalkan, setuju?, atau kalian tidak setuju yang kita wajib mengikuti yang haq?,

jika begitu sila muhasabah diri kembali. Kisah yang saya suka untuk berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi pandangan manusia.

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

Tuesday, November 2, 2010

Imam Al-Ghazali BerTeka-Teki


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Friday, October 29, 2010

Tip untuk mengesan Cyber Scam


Terdapat banyak berita-berita dalam surat khabar tentang Cyber Scam atau Conman yang menipu orang melalui internet. Saya ingin berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalaman untuk mengelak diri dari ditipu di internet...

1. Too good to be true - Harga barangan yang terlalu rendah

Kalau jumpa Iphone4 32GB yang harganya RM1200 atau Ipad yang harganya RM900 atau Nikon D90 berharga RM1000 atau lain lain gajet yang harga begitu rendah, kemungkinan besar ianya adalah satu scam. Penjual-penjual ini biasanya menggunakan email address dari free email service seperti live.com, gmail.com etc.

Terkejut Syaitan Dibuatnya


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,
maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.

Sunday, October 24, 2010

Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi


Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya.

Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Penggunaan BAE Synergy Sticker atau BAE Synergy Touch dapat mengurangkan risiko radiasi elektromagnetik dengan meneutralkan tenaga radiasi tersebut dan dalam waktu yang sama mempertenagakan sel-sel tubuh kerana tenaganya yang selari dengan tenaga sel tubuh. Jarak gelombang BAE ini bertindak mencegah penyinaran merbahaya daripada telefon bimbit, televisyen dan monitor komputer dengan bertindak ke atas spektrum elektromagnet. Ianya boleh dilekatkan di monitor komputer, televisyen (tv), enjin kenderaan, telefon bimbit dan sebagainya. Ianya boleh berfungsi sehingga dua tahun. Untuk maklumat lanjut, rujuk :

http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE.html 

Zamri Kecik's

Ubat penyakit takbur


Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..? 

Email : aizi aizi

Tuesday, October 19, 2010

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar ?



Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty TU dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! Macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. Ok gak la.. Dalam majalah sekolah Ada lagi gambar dia.. Kau nak tengok?

Wednesday, October 13, 2010

Perosak VS Pelindung


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.



Aku mahu jadi orang !!!



Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.


Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.


Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

Sunday, October 10, 2010

.::H.a.y.a.t.i.l.a.h::.



Kita sering mahukan hari yang CERAH…

Tetapi ALLAH lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan…

Kita sering inginkan KESERONOKAN…

Jauh sekali KESUSAHAN…

Tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN…

Kita sering menginginkan KETENANGAN…

Hakikatnya diri in ipenuh dengan DOSA dan KEJAHATAN…

Tetapi manusia tidak dapat lari daripada KESILAPAN…

Semua itu bukanlah suatu HUKUMAN…

Tetapi sebagai tanda KASIH dan SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN….!