Pages

Saturday, January 30, 2010

Katakan....!!!

Maksiat mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka (DBP) edisi 3 bermaksud perbuatan yang melanggar perintah Allah atau perbuatan yang berdosa. Maksiat dapat menjauhkan kita dari keredhaan Allah, tanpa keredhaan Allah manusia amat sukar untuk mendapatkan nikmatnya iaitu syurgaNya yang hanya diberikan kepada insan yang diredhai oleh Nya. Al-Quran ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah :112

"(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Bagi menghindari perbuatan maksiat ini, hendaklah sentiasa mengingati pencipta kita (manusia) iaitu dengan kita selalu mengucapkan zikir dan solat lima waktu. Insyaallah, dengan selalu berzikir dan bersolat lima waktu kita akan mendapat ketenangan dan kesenangan fiddunia wal akhirat.

Oleh itu, bangkitlah Ya Syabab dari tidurmu (kelalaian) semoga dengannya ummat Islam akan terus maju. Kerapkanlah juga membaca Al-Quran, Allah berfirman dalam kalamNya surah Al-Qasas : 51-54

"Dan Demi Sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) Dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman). Orang-orang Yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadaNya. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadaNya, Sesungguhnya ia adalah perkara Yang betul benar dari Tuhan kami; Sesungguhnya Kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ". Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan Dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka".


*Assalamualaikum...jika terdapat kesalahan silalah beri komen

No comments:

Post a Comment