Pages

Saturday, January 30, 2010

Al-Quran...

Renungan buat kita :
Surah Al-A'diyat :

  1. Demi kuda perang Yang tangkas berlari Dengan kedengaran kencang nafasnya,
  2. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
  3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
  4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
  5. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
  6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
  7. Dan Sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan Dengan jelas keadaan Yang demikian;
  8. Dan Sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
  9. (Patutkah ia bersikap demikian?) tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan Segala Yang ada Dalam kubur?
  10. Dan dikumpul serta didedahkan Segala Yang terpendam Dalam dada?
  11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha mengetahui Dengan mendalam tentang (balasan Yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

PRS Maahad Muhammadi Lilbanin 2010

Main permainan..!!!
Muka2 yang bakal menjadi seorang yang berjaya...Insyaallah



Wajah2 yang hadir semasa program yang dianjurkan oleh PRS MML


Amt & Ajk PRS 2010

Katakan....!!!

Maksiat mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka (DBP) edisi 3 bermaksud perbuatan yang melanggar perintah Allah atau perbuatan yang berdosa. Maksiat dapat menjauhkan kita dari keredhaan Allah, tanpa keredhaan Allah manusia amat sukar untuk mendapatkan nikmatnya iaitu syurgaNya yang hanya diberikan kepada insan yang diredhai oleh Nya. Al-Quran ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah :112

"(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Bagi menghindari perbuatan maksiat ini, hendaklah sentiasa mengingati pencipta kita (manusia) iaitu dengan kita selalu mengucapkan zikir dan solat lima waktu. Insyaallah, dengan selalu berzikir dan bersolat lima waktu kita akan mendapat ketenangan dan kesenangan fiddunia wal akhirat.

Oleh itu, bangkitlah Ya Syabab dari tidurmu (kelalaian) semoga dengannya ummat Islam akan terus maju. Kerapkanlah juga membaca Al-Quran, Allah berfirman dalam kalamNya surah Al-Qasas : 51-54

"Dan Demi Sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) Dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman). Orang-orang Yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadaNya. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadaNya, Sesungguhnya ia adalah perkara Yang betul benar dari Tuhan kami; Sesungguhnya Kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ". Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan Dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka".


*Assalamualaikum...jika terdapat kesalahan silalah beri komen

10 Muwasafat Tarbiah


10 Muwasafat Tarbiah
  • Aqidah yang sejahtera
  • Ibadah yang sah
  • Akhlak yang mantap
  • Luas pengetahuan
  • Mampu berdikari (berdiri di kaki sendiri)
  • Melawan nafsu
  • Sangat menjaga masa
  • Tersusun urusan
  • Sihat tubuh badan
  • Bermanfaat kepada orang lain
Inilah 10 muwasafat tarbiah yang dapat kita ambil kerana ilmu itu adalah suatu kefardhuan bagi ummat islam....

1st time menulis bagi blog sendiri...
semoga dapat mengambil manfaat keatas ilmu yang dipostkan ke blog ini...insyaallah