Dalam pengamatannya juga, ramai di kalangan umat Islam ketika itu berpandangan tujuh Qiraat tersebut sahajalah yang mutawatirah dan sah membacanya dalam sembahyang. Selain Tujuh Qiraat adalah tidak mutawatirah.
Kajian Ibnu al-Jazari terhadap Qiraat 
berdasar kepada tiga rukun  iaitu sanad yang sahih, menepati mushaf 
Uthmani dan menepati bahasa Arab  yang fasih. Rumusannya Tiga Qiraat 
iaitu Imam Abu Ja'far, Imam Ya'qub  dan Imam Khalaf adalah sahih dan mutawatirah.
Imam Abu Ja'far adalah di kalangan 
Tabien. Beliau menerima pendidikan  al-Quran daripada guru-guru di 
kalangan para sahabat ra. Guru-gurunya  ialah; Abdullah Ibnu 'Ayyash 
Ibnu Abi Rabi'ah, Abdullah Ibnu Abbas, Abu  Hurairah. Ada juga yang 
mengatakan beliau sempat membaca al-Quran kepada  Zaid Ibnu Thabit ra. 
namun Imam al-Zahabi menafikan.
Di waktu kecilnya, Imam Abu Ja'far 
dibawa kepada Ummu Salamah iaitu  Ummu al-Mukminin dan beliau menggosok 
kepalanya dengan mendoakan  keberkatan. Abu Ja'far juga pernah bersolat 
di belakang Ibn Umar ra.
Ilmu al-Quran yang dikuasainya 
menjadikan beliau tumpuan umat Islam  ketika itu untuk menimba ilmunya 
antara yang menjadi muridnya ialah Imam  Nafei', Sulaiman Ibnu Muslim 
Ibn Jammaz, Isa Ibnu Wardan, Abu Amru,  Abdul Rahman Ibnu Zaid Ibnu 
Aslam dan tiga anaknya iaitu Ismail, Ya'qub  dan Maimunah.
Imam Malik menyatakan bahawa Abu Ja'far 
adalah lelaki yang soleh dan  mengajar al-Quran kepada penduduk Madinah.
 Abu al-Zinad berkata, tidak  ada seorang pun yang lebih alim tentang 
sunnah daripada Abu Ja'far.
Diriwayat daripada Ibnu Jammaz antara amalan Abu Ja'far ialah puasa bersilang hari sebagaimana puasa Nabi Daud as.
Imam Abu Ja'far meninggal dunia di Madinah pada tahun 130 hijrah.
Perawi pertama Imam Abu Ja'far ialah Isa
 Ibnu Wardan. Beliau  mendalami ilmu al-Quran dengan beberapa guru 
antaranya ialah; Abu  Ja'far, Syaibah dan juga Imam Nafei'. Beliau 
meninggal dunia pada tahun  160 hijrah.
Perawi kedua Imam Abu Ja'far ialah 
Sulaiman Ibnu Muslim Ibnu Jammaz.  Beliau merupakan seorang Muqri, amat 
kuat ingatan dan terpuji. Antara  gurunya ialah Abu Ja'far, Nafei', 
Ismail Ibnu Ja'far dan Qutaibah Ibnu  Mihran.
Beliau mendalami Qiraat Abu Ja'far dan 
Qiraat Nafei. Menurut Ibnu  al-Jazari, Ibnu Jammaz meninggal dunia 
sekitar tahun 170 hijrah.
sumber dari utusan online


