Pages

Sunday, March 13, 2011

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia


Berikut di Paparkan 10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

10 - Botak.
Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.

9 - Lactose Intolerance.
Tidak boleh minum susu.8
Jerawat. Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.

7 - Mempunyai Kembar.
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi social anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)

6 - Penyakit Jantung.
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.

5 - Obesity.
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.

4 - Buli.
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.

3 - Buta Warna.
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.

2 - Kanser Payudara.
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

1 - Alcoholism.

50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi dinegara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

Thursday, February 17, 2011

DeHearty_Erti Persahabatan

Munsyid: DeHearty
Lagu: Erti Persahabatan

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

10 Manusia Terkaya Dunia


No. 1--- Carlos Slim Helu & Keluarga

Nilai Kekayaan : USD 53.5 bilion ( RM 169.06 bilion )
Sumber kekayaan : Telekomunikasi
Umur : 70 Tahun
Warganegara : Mexico

Thursday, February 10, 2011


Artis: DeHearty
Lagu: Permata Yang Dicari
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, January 20, 2011

Kisah pemuda yahudi memeluk Islam!!

“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Sunday, January 9, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hanya ungkapan ini saja yang dapat ku luahkan pada hari ini....
syukur.....gembira....cuma ade pening kepala je.....
hahahah....yang pasti aku telah menuju wawasan 2011.....

oklah......hari ini belajar B.arab....latihan yang diberi aku xsiap, aku ingat aku sorang je xsiap, rupenye belambak lagi.....hahahahah....tapi bez r belajar arab ai nie, belajar about...jenis2 mafu'l.....

lepas tu B.I plak....bertalking about kertas satu...fuuh...power.....siap bagi tau yang semua calon spm tahun lepas tidak layak mendapat A1 actually......hahahah, dia punye alasan....who knows....pastu dia tanya budak kelas aku...nak tau ke ???

hahahahah, " tremendously "....tergamam budak kelas aku, tambah2 teacher tu plak cakap english fluently......

memang aku hari ini dah jadi pakar perunding plak, banyak bercakap, aku pun xtau ape yang aku kate tu betol atau x, letih cakap sampai tertidur time Biologi.....

yang beznya lagi kawan aku sorang nie, memang giler r.....aku suke "ngenak" dia....ROTI CANAI katekan.......hahahah, korang xtau diam je.....ok....

orait sampai kat sini jelah coretan aku...pasni aku nk post ayat2 power b.i aku plak......belajar lagi so, kena banyak berdiscuss....shut.....ok....abiz2.....sakit kepala nie....jom complete aku punye homework n then layan tv kejap....n baru dakhala ila ghurfatun naum.....hahahahah...ok sekian, wassalam....

Friday, January 7, 2011

Ketahui lah, anda mampu mengubahnya

Nafsu #1
Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….

Nafsu #2
Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.

Orang sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginyalagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

Nafsu #3
Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah redha dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Having A Little bite

tajuk pon nampak sedikit susah untuk ku expand cerita, nobody can perform well without a little bite....

he3, bukan nk kata ape actually, tapi aq dah update blog aku, maybe, banyak posting, yang akan aku produce lepas nie, berkisar tentang aku, or maybe about my closed friends.......
or maybe we can say gossip....hahahah, xde lah, saje je....
warne hijau my theme....warne yang menyejukkan mata.....

then aku sedang berfikir, nk ubah ke x yea, tajuk blog nie, coz nk random2 posting cerita nie, takut xsesuai lah plak, cube bagi pendapat ko....aku nk dengar nie.....
ok lah, sampai kat sini untuk pagi yang penuh dengan kedamaian, seperti hadis yang aku dengar...

" kalau kita hendak mengenali orang fasik, cari lah orang yang tidak bangun solat Subuh dan dan tidak solat Isya' "

New appearance for a new yeaR

hohohohoh...!!!!
all new only in juz a few a days ago...
who cares ???

coz everyone know, everyone mention that we are now in 20!1 !!! hohohoh....

aik, talking english plak, tersassul, heheheh (^_^)
bukan ape, lame xupdatenye actually, rindu, worried, n so on happen jika lame xupdate...
on9 pon kekadang bukannya nk update pon, FB FB FB.....giler tol ko FB, ish, malaz aku nk layan ko...
owh, malaz lah kononnya, bila on9 FB FB FB je keje.....puuuuraaaah !!!@@@@@

ok, go away Fb, dalam blog aku pon nk involve jugak dia...hahahah
ok ok ok.....

azam baru, jiwa baru, semangat baru, itu yang penting...
to AZAM AKIF, aku bukan kate kat ko, aku nk kate azam....it's same meaning to the TEKAD....under the stand....gud3....
lepas azam baru, dah masuk story baru pulak...
kisah SMU yang pergi jauh sekarang, dah2 datang pulak SPM, semuanya 11 subjek...
  1. BM
  2. BI
  3. Sejarah
  4. Mathematic
  5. Bahasa Arab Tinggi
  6. Fizik
  7. Kimia
  8. Biology
  9. PQS
  10. PSI
  11. Addittional Mathematic
semunya 11 subjek, jadi lau tanye semua budak SPM, mesti diorang kate nk 11 A+...
aku pun gitu jugak....

so, akibat malaz, leka, cuai n linked with that, aku pon macam diban oleh mak bapak aku dari berpesatuan, hahahahah, tu lah, xlekat rumah je dulu....tapi baguz jugakk, syukur....
(nk tazkirah sikit)....manusia ni, ibarat roda yang berpusing, cube ko tengok gambar tu....
roda, kadang2 dia kebawah, kadang2 dia keatas, dibalaghah kan manusia umpama roda, mencapai kejayaan pada satu masa, dan akan mencapai kegagalan untuk memberi peringatan agar manusia itu tidak leka dibuai arus globalisasi, ironinya, azam tu payah untuk dikekalkan diatas landasan yang betul, tiada bimbingan, tiada nasihat, tiada engineer yang betul, maka azam itu tergelincir dari landasan......

i'm not impress that my SMU's result cause of the social society, but maybe, if i' focus in managing my diaries, insyaAllah, maybe the result not so good as that.....but i'm stayed happy cause that was to remind me about something important than anything....Allah.....

Redaksi, BBT, dan PRS....gunakan medium society tu sebagai satu cara nk controll our system, our habits n our something juz like, working.....insyaAllah.....

thanks to all support me in through my saddest part, through my lonely sequence...

juz not forget, i only want to be a normal person with unusual lifesyle.....mesti tiada yang akan perasan.....heheheheh....

this posting is made to disgorge all my ideas in forming a ' New Generation Of Islamic Leadership '....

desiGn unTuk isi masa YanG xLapanG