Pages

Saturday, June 19, 2010

Tamakninah yang selalu diabaikan

Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Solat yang berkualiti itulah solat yang diterima oleh Allah. Apakah yang menjadikan solat itu berkualiti? Inilah persoalan yang seharusnya difikirkan oleh umat Islam sebelum melaksanakan solat. Mengapa? Tanpa kualitilah yang menyebabkan umat Islam hari terus terjebak dengan dosa walaupun melakukan solat.

Kualiti pada solat dinilai pada tiga perkara:

1. Hatinya ketika niat solat.

Seseorang yang niatnya untuk menghadap Allah dengan hati yang ikhlas itulah niat yang berkualiti. Di sini ada juga yang berniat solat dalam keadaan terpaksa, malu alah dengan orang lain. Jadi, bersihkan hati dengan penuh bersedia untuk solat.


2. Perbuatan solatnya mengikut rukunnya.

Rukun solat sebanyak 13 itu perlu dilakukan dengan sebaiknya. Kualiti solat bergantung kepada perbuatan berdiri, rukuk dan sujud juga tamakninah. Semua itu telah diajarkan oleh Rasulullah melalui contoh solat Baginda. Sabdanya, “Solatlah seperti mana kamu melihat aku solat.”

3. Bacaan pada setiap pergerakan solatnya.

Bacaan dalam solat sama ada wajib atau sunat perlu dibaca dengan baik. Sebutannya mesti betul dan ada maknanya. Memang ada sesetengah orang yang oleh sebab telah menghafalnya bertahun-tahun, tersilap sebutannya. Kalau dia mahu membaca buku doa semula, tentu akan bertemu kesilapannya dan boleh membetulkan kesilapan itu. Ini jugalah yang menentukan kualiti solat.

Dalam ruang yang singkat ini saya ingin menumpukan kepada tamakninah. Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah.

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahuaklam.

Oleh : Cina Islam

Wednesday, June 16, 2010

Mavi Marmara :Kenali 9 orang syahid

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari 
Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada 
saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang
kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan 
kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah 
penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan
bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of 
Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, 
Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin 
dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih 
taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang 
cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang 
anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin 
dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak 
berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan 
pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang 
professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 
dua adik beradik.

Saturday, June 12, 2010

Kebetulan Ke Ni ???

Nilai kan sendiri kesahihan dan sejauh mana Buaya Crocs itu menyerupai Kalimah ALLAH, wallahu’alam..kita tengok gambar ni dulu...

Tak taula same ade KEBETULAN ATAU BETOL-BETOL......



Sedikit cerita tentang kewujudan Crocs ni. Crocs Inc. adalah sebuah kilang membuat kasut yang mula-mula ditubuhkan oleh George B. Boedecker, Jr. Kilang pembuatan Crocs ni beribupejabat di Niwot, Colorado United States. 

Dan info selebihnya korang boleh ke sini
Crocs Corp.


Mungkin kebanyakkan kita dah pun membeli sandal crocs ni. Harga crocs yang kita tau adalah lebih mahal dari kasut sukan yang kita beli. Mungkin korang sayang nak buang, tapi mungkin perkara yang boleh korang lakukan:

1) Membuang lambang Buaya Crocs tu dengan apa cara sekali pun.

2) Korang bagitau kawan-kawan yang baru merancang nak beli crocs supaya dorang tak rasa bersalah.

3) Korang simpan buat kenangan, sebab kalau korang buang, lambang tu still ada kat situ, korang plak rasa berdosa.

Perkara ni masih belum tersebar luas, tapi adakah benda ni secara sengaja atau dirancang tapi satu yang aku mahu pesan, disebabkan founder dia dari US, so aku susah sikit nak percaya yang benda ni sengaja, mungkin dia tak tahu hal sebenar, tapi ada pihak lain yang menjadi dalang, 

Wallahu’alam.

p/s: tak kisahlah berapa mahal crocs yang kita beli, tapi lambang tu yang wat kita was-was nak guna..kena ambil iktibar ni.. BYK DAH DAKYAH2 ORG KAFIR UTK MENJATUH KN ISLAM MELALUI SENTIMEN2 BEGINI...FIKIR2KANLAH

HAMBA BIASA

Tiket Piala Dunia Semakin Habis Terjual



JOHANNESBURG: Tiket Piala Dunia kini sudah hampir 97 peratus dijual dan penganjur menjangkakan dapat menjual lebih daripada itu membabitkan tiga juta tiket diperuntukkan, pada penghujung kejohanan itu. Fifa mengeluarkan angka itu dua hari sebelum bermulanya Piala Dunia yang turut menunjukkan 135,000 daripada 3.01 juta tiket dijual masih belum dibeli.


Daripada jumlah itu, 30,600 tiket, termasuk 5,000 membabitkan kawasan tempat duduk yang sebahagian pemandangannya terhalang, boleh didapati menerusi jualan umum kelmarin. Selebihnya, yang diperuntukkan untuk pakej kemudahan, syarikat pelancongan, persekutuan bola sepak dan pasukan, boleh diperoleh kemudian ketika berlangsungnya, Piala Dunia nanti.

Sumber: myMetro
Nota:

Piala Dunia di Afrika Selatan,
Jauhnya tempat tiada tandingan,
Biarpun wang dihabiskan,
Itulah lumrah manusia katakan.



Berhikmah Ketika Berdakwah

Dr. Abdul Karim Zaidan
BINGKISAN DARI YAMAN

Dalam bingkisan minggu ini, saya ingin menyambung sedikit lagi pesanan daripada guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan berkenaan dengan usaha islah dan dakwah yang menjadi tanggungjawab para ulama dan pendakwah Islam khususnya di negara kita.

Menyentuh mengenai kesan globalisasi terhadap dunia Islam dan pengaruhnya ke atas golongan muda, saya menyebut tentang para pemuda-pemudi di Malaysia yang banyak berkiblatkan negara-negara Barat dari segi cara berpakaian dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dr. Zaidan meletakkan tanggungjawab memperbaiki keadaan ini kepada para ulama dan pendakwah. Katanya, “Demi Allah, para ulama perlu menasihati mereka itu bahawa tidak boleh melakukan perkara yang haram.. (nasihatlah mereka) dengan kata-kata yang lembut. Firman Allah Ta’ala: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (al-Nahl: 125)

Kemudian Dr. Zaidan menggalakkan agar para ulama dan pendakwah supaya terus menghidupkan kelas-kelas pengajian, ceramah, seminar dan menyebarkan buku-buku berkaitan dakwah Islam.

Beliau juga menyeru agar usaha dakwah ini dijalankan kepada golongan muda dengan lemah lembut dan dilakukan secara berperingkat demi peringkat, dari masa ke semasa. Sebolehnya, hendaklah dielakkan daripada bercakap perkara-perkara yang terlalu besar bagi mereka untuk menerimanya.

Apa yang penting, hendaklah diperbetulkan generasi muda ini dari perkara-perkara yang asas dan fardu seperti mentauhidkan Allah S.W.T, mendirikan solat, kewajipan menurut aurat dan sebagainya. Ini kerana kerosakan yang berlaku pada golongan pemuda-pemudi pada hari ini perlu diperbetulkan daripada perkara-perkara yang asas dalam agama.

Lebih buruk lagi, kejahilan generasi muda pada agama Islam ini turut terdedah kepada ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Tanpa asas akidah yang kukuh, kedudukan umat Islam berada dalam keadaan yang kritikal.

Apabila saya menceritakan tentang ideologi dan fahaman Islam Liberal yang tersebar di negara Malaysia, Dr. Zaidan menyebut, “Apa itu Islam Liberal? Tiada liberal. Islam yang kita ada sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali Imran: 19) dan “..Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian sebagai muslimin dari dahulu..” (al-Hajj: 78).

Firman Allah lagi, “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak sekali-kali diterima daripadanya, dan pada hari akhirat kelak ia daripada orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran : 85).

Islam yang kita ada adalah bersumberkan daripada al-Quran dan Sunnah mengikut apa yang diterangkan oleh para ulama dan fuqaha,” jelas beliau.

Kemudian saya menyebut, “Tetapi, terdapat golongan yang mentakwil ayat al-Quran, “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),” (al-Baqarah: 256).

Dr. Zaidan lekas menjawab, “Tiada paksaan dalam agama ini bagi golongan bukan Islam.”

Maknanya, orang-orang bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk memasuki agama Islam. Adalah satu kesalahan yang besar bagi orang Islam yang tidak mahu menerima keseluruhan ajaran Islam dan menganggap bahawa ‘tiada paksaan dalam agama’ dengan berhujahkan ayat al-Quran ini.

Bagi golongan tersebut, Dr. Zaidan mengatakan, “Kalau begitu dia bukan seorang muslim.. itu dipanggil ‘murtad’,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Untuk itu, Dr.Abdul Karim Zaidan mengulang sekali lagi nasihatnya berkenaan takwa dan ikhlas. Katanya, “Allah Ta’ala memerintahkan nabiNya supaya bertakwa dengan firmanNya, “Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik.” (al-Ahzab: 1) dan firmanNya lagi “..sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (al-Talaq: 2)

Menurut beliau lagi, “Takwa ialah beriltizam untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan berhenti daripada melakukan segala tegahanNya. Usahakanlah takwa ini dengan menurut kemampuan kamu. Beribadatlah untuk mendapatkan keredhaanNya iaitu dengan ikhlas. Beribadatlah kepada Allah sebagaimana yang disyariatkan. Bukan dengan melakukan bid’ah dan perkara-perkara yang baru (dalam ibadat),” ujarnya.

“Dua perkara ini yang saya ingin berpesan, iaitu takwa dan ikhlas. Sentiasalah berfikir dalam urusan agama dan mendoakan kaum muslimin. Janganlah kamu menerima perkara yang di luar batas Islam, cegahlah perkara kemungkaran dengan tangan, lidah atau pun dengan hati,” tambah beliau.

Apabila saya bertanya kepada beliau tentang keadaan semasa di Iraq, Dr. Zaidan menjawab, “Suasana di Iraq sebagaimana yang kamu ketahui, masih tidak stabil.” Dr. Zaidan juga tidak menolak bahawa pengaruh pentadbiran Amerika Syarikat masih bertapak dalam kancah politik di Iraq.

Sebenarnya Dr. Abdul Karim Zaidan pernah mengalami ujian yang sangat berat semasa di Iraq pada zaman pemerintahan Saddam Hussien (semoga Allah mengampuninya) .

Dalam usahanya untuk menegakkan perundangan Islam di tanah airnya, beliau pernah dipenjarakan dan diseksa. Malah, lebih menyayat hati apabila salah seorang anak lelakinya dibunuh di hadapan matanya sendiri semata-mata kerana beliau enggan tunduk kepada kezaliman pemerintah.

Kesan daripada penyeksaan yang diterimanya, Dr. Abdul Karim Zaidan mengalami masalah penglihatan yang serius sehingga ke hari ini. Beliau terpaksa membaca dengan menggunakan kanta yang tebal.

Kisah ini sudah diketahui oleh kebanyakan orang-orang yang rapat dengan beliau. Walau bagaimanapun Dr. Zaidan tidak suka perkara itu disebut-sebut.

Sudah berulang kali stesen-stesen TV dan wakil-wakil akhbar yang terkenal serta berpengaruh meminta kebenaran untuk menemuramah beliau bagi merakamkan kisah hidup dan pengalaman dakwahnya, namun kesemuanya ditolak dengan mentah.

Bagi beliau, biarlah kesemuanya itu menjadi hujah di hadapan Allah Ta’ala kelak bahawa beliau telah berusaha melaksanakan amanahNya dan memperjuangkan agama Allah semasa hidup di atas muka bumi ini.

Dengan itu segala nasihat dan pesanan beliau yang disiarkan pada dua keluaran dalam kolum ini wajarlah diambil manfaat oleh semua pendakwah yang ingin terjun ke medan dakwah dan semua pejuang yang bersemangat untuk memperjuangkan Islam. Kerana tanpa takwa dan keikhlasan dalam melakukan kerja-kerja Islam, kita pasti akan tersasar daripada matlamat dan tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah Ta’ala.

Di akhir pertemuan itu, kami menghadiahkan kepada Dr. Abdul Karim Zaidan beberapa buah buku dalam bahasa Arab iaitu Filestin min quttho’ al-Tariq ila Khoritoh al-Tariq (karangan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi bin Awang), Al-Hizb al-Islami al-Malizi (karangan Ustaz Abu Bakar Chik) dan tesis saya yang bertajuk Al-Syeikh Abdul Hadi Awang wa Dauruhu fil-Harakah al-Islamiyyah bi Malizia yang merupakan biografi ringkas mengenai peranan presiden PAS dalam sejarah gerakan Islam di Malaysia.

Dr. Abdul Karim Zaidan ternyata berbesar hati dan berterima kasih atas hadiah tersebut. “Hadiah ini diterima di sisi Allah. InsyaAllah Ta’ala,” kata beliau mengakhiri pertemuan.

Angin Perubahan (MillatFacebook)

Jaringan untuk Muslim dan Non Muslim yang cintakan kedamaian

  Satu laman web rangkaian sosial popular iaitu Millatfacebook diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.
Persis rangkaian sosial popular Facebook, Millatfacebook dibina oleh sekumpulan rakyat Pakistan dan merupakan laman web rangkaian sosial pertama negara itu.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.

Pertandingan yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS) itu kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’ telah dilihat oleh umat Islam sebagai menghina agama Islam.
Tindakan tersebut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan, malah umat Islam di seluruh dunia.

Koordinator Millatfacebook, Salman Ahmed berpendapat, Facebook sangat popular kerana dua sebab iaitu ia menjadi tempat di mana orang dengan mudah menyalahgunakan hal-hal sulit dan peribadi mereka dan kedua, ia memiliki unsur-unsur berat sebelah dan 'menentang' persamaan hak.

“Saya berkata demikian kerana pada sebelah tangan isu-isu berkaitan Holocaust tidak boleh dibincangkan tetapi pada sebelah tangan yang lain perasaan umat Islam boleh terus disakiti dengan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. 


"Walaupun beribu-ribu aduan telah dibuat terhadapnya (pertandingan karikatur Nabi Muhammad), namun pihak pengurusan Facebook tidak memadam atau mengharamkan halaman itu," katanya.

Halaman Facebook yang menghina Islam itu telah menarik lebih 105,000 peminat dengan paparan lima muka surat yang mengandungi lakaran kasar serta karikatur Nabi Muhammad.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan menganggapnya sebagai kufur.

Salman menjelaskan, sebab pihak pengurusan Facebook tidak mengharamkannya kerana ia adalah propaganda kebencian terhadap Islam dan jelas sekali mereka berselindung di sebalik propaganda kebebasan bersuara.

Malah, beliau mempersoalkan tidakkah mereka mempunyai idea tentang sebesar mana sayangnya dan penghormatan orang Islam terhadap Nabi Muhammad.

“Dan percubaan bodoh ini hanya akan menyatukan kami umat Islam sebagai satu umah dan ini menunjukkan betapa kami begitu serius tentang bagaimana untuk mempertahankan serangan-serangan itu,” ujarnya.

Salman mendakwa, Facebook menjana perolehan sebanyak 47 hingga 50 peratus daripada umat Islam dan kira-kira 10 hingga 12 peratus daripada jumlah itu adalah dari Pakistan.

Millatfacebook telah diperkenalkan oleh sekumpulan enam profesional muda teknologi maklumat (IT) dari Lahore, sebuah bandar budaya di Pakistan.

Setakat ini, laman berkenaan mempunyai keahlian kira-kira 64,714 individu dari seluruh dunia.
Fungsinya menyamai Facebook sedia ada yang mempunyai ‘wall’ untuk rakan-rakan bagi membolehkan mereka memberi komen.

Ia turut menawarkan kemudahan lain seperti emel, gambar, video, ruang sembang dan perbincangan.

Salman berkata, Millatfacebook adalah alternatif kepada Facebook dan ia direka menyamainya dari segi ciri-ciri dan kemudahan lain.

“Ia adalah untuk semua, malah sesiapa sahaja dari mana-mana agama tanpa sebarang penghinaan terhadap agama dan perkauman boleh menjadi ahli,” katanya.

Detikdaily.com

Komen Penulis :-
Dewasa kini, Islam sewenang-wenangnya dipersendakan oleh Yahudi dan sekutunya. Sebagai Muslim yang cintakan agamanya, kita perlu bertindak segera agar persendaan ini boleh kita hentikan.

Ketika mana kita sedang enak dibuai mimpi, umat Islam di Palestin teraniaya di'anjing-anjing kan oleh yahudi.

Sahabat-sahabat kita di sana terkapai-kapai lemas dalam penindasan Israel, mereka merayu kepada dunia supaya penindasan itu dihentikan tetapi kita masih berdiam diri dengan sikap kita bangsa 'penakut' yang kononnya lemah-lembut.

Sahutlah seruan jihad walau dengan apa cara sekalipun.....

Hentikanlah persengketaan antara kita dan bangunkan kembali semangat persaudaraan yang dibina ketika Muhammad s.a.w berada di Madinah....

Bina kembali semangat ikwanul muslimin yang dibangunkan oleh Imam Hasan Al-Banna.....Hanya dengan semangat itu, kita mampu melawan segala penindasan mereka.

Kini, beberapa ikhwan kita telah membangunkan perisian social networking khusus untuk umat Islam dan bukan Islam yang cintakan keamanan.

Sahutlah ia dengan tangan terbuka dan tinggalkan segala ideologi-ideologi zionis yang menghakis iman dan taqwa kita kepada Allah.

Salam Ikhwan

Wallahua'lam

Fakta Penting Berkaitan Nuklear



128,000 butir… dianggarkan kepala peledak peluru nuklear di bina di seluruh dunia sejak 1945.

AS$3.5 trillion… dibelanjakan AS antara 1940-1945 dalam pembabitan peperangan nuklear.

AS$2.2 billion… harga sebutir bom B-2 (21 butir mendapat kebenaran pembikinannya oleh pihak kerajaan).

AS$2.5 billion… harga bagi ketahanan sebutir bom B-2.

Peperangan nuclear boleh mengakibatkan perubahan cuaca global dalam tempoh 8 hingga 10 tahun lamanya.

Cuaca boleh menurun lebih dari 10`C akibat peperangan nuklaer.

Sepanjang tempoh 60 tahun taraf yang ditetapkan bagi sesuatu pendedahan kepada radiasi telah menurun dari 30 rems setahun pada 1934 kepada 5 rems setahun pada 1987 setelah kaji selidik dijalankan keatas kesihatan lebih difahami.

2 kemalangan terpenting yang terjadi dalam 50 tahun sejarah kuasa nuklear adalah :
  • Three Mile Island – 1979

Reaktor loji mengalami kerosakan teruk. Tiada kebocoran nuklear berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan atau mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

  •  Ukraine (Chernobyl) – 1986

Reaktor di loji ini musnah akibat berlakunya letupan wap di mana 56 orang terkorban, 28 orang dari jumlah itu terkorban akibat terdedah kepada pencemaran radiasi.

Dianggarkan 2,051 senjata nuklear diletupkan dalam usaha mencapai keselamatan dunia sejagat dari tahun 1945 hingga 1995 dengan purata 1 senjata bagi setiap 9 hari dalam tempoh 50 tahun.

Senjata nuklear dunia kini bertambah :

Lebih kurang 70,000 peledak yang mempunyai kuasa letupan 20 kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang membunuh lebih 14,000 orang di Hiroshima dan Nagasaki.

Mutakhir ini AS masih mempunyai 10,000 senjata nuklear. Dianggarkan jumlah ini akan terus mengecil menjelang tahun 2012.

Dipetik dari sebuah majalah.

Wallahua'lam

Masa depan lah

الركن الأول : الصيغة
الصيغة هي الإيجاب من ولي الزوجة.
الركن الثاني : الزوجة
ويشرط في الزوجة ليصح نكاحها الشروط التالية:
· خلوحا من موانع النكاح التي مر ذكرها في محرات من النسأ.
· أن تكون الزوجة معينة.
· أن لا تكون زوجة محرمة بحج أو عمرة.
الركن الثالث : الزوج
ويشرط في الزوج ليصح نكاحها الشروط التالية :
· أن يكون ممن يحل للزوجة التزوج به، وذلك بأن لا يكون من المحرمين عليه.
· أن يكون الزوج معينا.
· أن يكون الزوج حلالا، أي ليس محرما بحج أو عمرة.
الركن الرابع : الولي
الولي في النكاح : هو من له أن تولي أمر زواج المراة.
الركن الخامس : الشاهدان
لما كان لعقد الزواج نتائج خطيرة تترتب عليه، احتاط الدين لها، وأوجب خضور يشهدان عقد الزواج، وشرط فيها شروطا تجعلها مكان الثقة والاطمئنان لإثبات تلك النتائج.

Hahahah sebagai pengetahuan kepada kita untuk masa depan...kih3
Sumber : Hamba Biasa

Hari demi Hari

Assalamualaikum everyone,


dah lame xupdate blog nie, windu pon ade rasenye, umpama malam rindukan bulan, dengan kehadiran bulan itu jugak ,dapat menghidupkan suasana malam yang hening dan sepi katakan...


apa2 pon,


world cup lok...
tadi baru habis tengok South Africa vs Mexico.. satu sama...
ape daa... ingatkan bley jgk menang salah satu, lau di analisis p'mainan, bley dikatekan jgk Mexico lah yang byk menguasai permainan pada babak pertama..


pada babak kedua lak, giliran Afrika Selatan lak, diorang punya lah power ley lawan pasukan yang selalu dapat masuk WC, ape daa Mexico, mujur time Afrika Selatan kat depan 1 gol, Mexico sempat jgak buat gol, lau x, xtau lah, maybe kena maki kat supporter negara diaorang sendiri...hahahahah


Aku bagi link tentang bola kat korang ye :
Football Crazie


Nota:


Musim Piala Dunia Kian Bermula,
Serangan Keatas GAza sudah dilupakan,
Bisalah tektik psikologi Yahudi katakan,
Inilah manusia ciptaan tuhan....