Selasa , 02/03/2010 – Pasukan tentera penceroboh Israel hujung minggu lalu telah menyerbu dan menutup pekarangan Masjid Aqsa di mana sedozen warga Palestin masih berjaga-jaga dan menolak untuk meninggalkannya kerana bimbang serangan daripada ekstremis Israel.

Saksi berkata lebih daripada 200 polis Israel telah mengepung Masjid Aqsa sejak pagi lagi dan meminta para jemaah agar keluar sementara warga Palestin dalam masjid tersebut menggunakan pembesar suara bagi menggalakkan seluruh penduduk agar berkumpul di Pekan Lama Baitulmuqaddis bagi mempertahankannya daripada serangan Israel.

Ramai warga Israel tegar dibenarkan oleh polis untuk melalui laman masjid.


Nota penulis :

"apa tindakan kita !!!!

adakah dengan melihat...????

adakah dengan mendengar...???

adakah dengan mencela...???

sahaja.......fikir2 kanlah yer"


sabda Nabi S.A.W :

" Sebarkanlah Walau Seayat".